Kempen Internet Selamat (KIS) bersama Sekolah Menengah Tunku Budriah

30 September 2025 | Aktiviti Terkini

📅 Tarikh: 29 September 2025
🕙 Masa: 1.00Petang – 2.00Petang
📍 Lokasi: Sekolah Menengah Tunku Budriah

Kempen Internet Selamat (KIS) bersama Sekolah Menengah Tunku Budriah. Seramai 500 pelajar diberikan pendedahan tentang keselamatan siber dan penggunaan internet secara beretika serta bertanggungjawab. Dalam era teknologi yang membuka pelbagai peluang, termasuk kepada komuniti pendidikan khas, kesedaran tentang cabaran seperti penipuan dalam talian, buli siber, penyebaran maklumat palsu dan pelanggaran privasi amatlah penting.

Menerusi modul yang disediakan untuk murid berumur 13 hingga 17 tahun, para peserta didedahkan dengan cara membezakan fakta dan auta di media sosial, meningkatkan kesedaran tentang jejak digital serta memahami bahaya pengantunan seksual dalam talian.

NADI sentiasa komited menjadi platform kepada komuniti untuk memperoleh ilmu digital yang selamat, beretika dan bermanfaat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali